COD AREA : -------> BIDOR - TAPAH - KAMPAR - T.INTAN

[ PATUT TAHU ] ; 3 INFO BERKENAAN KESIHATAN LELAKI..DAN CARA MENGATASINYA.



1. LELAKI BUNCIT DAN RISIKO DIABETIS..



Kajian Klinikal membuktikan bahawa lelaki yang memiliki tumpuan lemak di kawasan
perut atau dikenali juga sebagai 'buah epal ' atau 'porch bag ',lebih berisiko
menghadapi penyakit diabetis , angin ahmar dan jantung.
Untuk mengira BMI , berat (kg) dibahagi dengan tinggi (meter), dan apabila
individu tersebut berada pada tahap lebih dari 30, dia dikategorikan sebagai
obesiti.
Bagaimanapun,ia kadangkala tak tepat bagi individu yang berotot kerana mereka adalah
jenis individu yang kuat bersenam..Apa yang terjadi adalah BMI mereka 
adalah disekitar 25 hingga 30 atau lebih, tetapi mereka ini kategori sihat macam saya..
And, the big point is bagi mereka yang kurus tetapi memiliki perut buncit..
Atau dalam istilah lain ia dipanggil 'central obesity'.
Bagi masyarakat Asia khususnya saiz ukur lilit perut adalah MESTI kurang dari 90cm,dan 
itulah yang dikatakan memiliki badan yang ideal...

2. LELAKI MUDAH MENDAPAT BARAH GINJAL..



Secara umum,lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita.
Mengikut anggaran umum,lelaki adalah dua kali ganda berisiko dengan penyakit ini
malah risiko ini makin tinggi berikutan dengan peningkatan usia.
Lebih 90 % telah didiagnosis adalah lelaki yang berumur lingukngan 45 tahun ke atas.
   
 Simptom ;

1.  Darah dalam air kencing
2.  Sakit belakang
3.  Sakit pada bahagian sisi dan tidak hiang.
4.  Sakit atau pembesaran pada bahagian abdomen.
5.  Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.
6.  Hilang selera makan.
7.  Badan letih dan lesu.

3. HEMOFILIA ...PENYAKIT GANGGUAN DARAH.



Hemofilia ; antara penyakit khusus lelaki yang boleh menyebabkan seseorang
mengalami pendarahan spontan atau berpanjangan , terutama pada otot, sendi dan organ dalaman.
Jika luka pula, pendarahan akan mengambil masa yang lama untuk berhenti atau paling teruk
lagi, pendarahan tak boleh berhenti.
Hemofilia adalah penyakit gangguan darah yang berpunca dari ketiadaan satu dari dua jenis protein
yang berfungsi untuk membekukan darah iaitu Faktor VIII atau Faktor IX.
Ia adalah penyakit genetik yang dialami seumur hidup..Lebih kurang sama macam Talasemia jugak la..
Dan jika tidak dirawat,dan ditangani dengan baik, ia boleh menyebabkan
seseorang tu jadi cacat , kurang upaya atau meninggal dunia.


Jadi di sini saya mempunyai set cadangan untuk kesihatan lelaki..Ia merupakan supplement yang terdiri dari 3 jenis produk keluaran SHAKLEE khas untuk lelaki ..MENS VITAL HEALTH SET.


Jadi, sesiapa yang ingi mendapatkan set ini, bolehlah PM / WhatsApp / WeChat / SMS ;



MENS...HEALTHY is FREEDOM !!!


[ TERBONGKAR ] : 10 CARA PALING BERKESAN MELAWAN PENYAKIT GASTRIK !!!

GASTRIK ????!!!


Aduh...Bila sebut je perkataan ni semua dah tau dah..tambah - tambah sekarang dah masuk fasa akhir bulan Sya'ban...dah nak puasa weh...Selamat Datang Ramadhan Al - Mubarak..!!!!

Ramai jugak yang ade penyakit gastrik ni kan...yang dah sedia ada kite tau la..Tapi,masuk je bulan Ramadhan,tambah lagi kot penghidap gastrik ni...tu yang menarik tu..

Gastrik ni mmg la tak bahaya sangat..kalau dah tahap - tahap nak sampai jadi Ulcer tu lain ler...
Tu yang bila sampai satu tahap , gastrik ni boleh jadi punca penyakit Ulcer dalam usus...Bahaya kot Ulcer ....

Sedikit sebanyak,gastrik ni memang boleh mengganggu perjalanan ibadah puasa seseorang ni...Jadi dengan masa yang tinggal xseberapa lama ni,saya nak kongsi sikit 10 cara paling berkesan melawan penyakit gastrik ni...


    • Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
    • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
    • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
    •  Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
    • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
    • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
    • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
    • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
    • Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
    • Ambil ESP dan Peppermint Ginger Plus sebagai supplement ketika bersahur dan selepas berbuka puasa.

    Kenapa ESP dan Peppermint Ginger Plus ?

    Sebab ESP ni bagus :



    • Merupakan protein semulajadi yang berasaskan tumbuhan ( soya )
    • Kaya dengan 9 asid amino lengkap.
    • Terbukti mengekalkan tenaga berjam - jam lamanya
    • Memberi rasa kenyang walaupun pelbagai aktiviti telah dilakukan.
    Peppermint Ginger Plus :



    • Melegakan rasa senak perut.
    • Diperkaya dengan 4 herba terpilih dan halia merupakan kandungan utamanya.
    • Melegakan angin panas pada ulu hati.
    Jadi, untuk mendapatkan ESP dan Peppermint Ginger Plus ni,anda tak perlu lah susah2..
    Cadangan saya,ANDA PERLU CUBA !!!

    Jadikan Ramadhan Al-Mubarak kali ini anda BEBAS DARI GANGGUAN GASTRIK..!!

    Dan jika anda ingin mendapatkan 2 item ini,
    Anda hanya perlu menghantar PM / Facebook / WhatsApp / WeChat / SMS  :



    Terima kasih..Salam Ramadhan Al - Mubarak..

    #SayaPenjualShakleeBerdaftar
    #AmandaShoppe
    #ShakleeIndependentDistributor




    DI SERANG MIGRAIN??? PENYELESAIANNYA..

    Seingat saya dulu... Masa resdung saya tengah kuat, migrain memanjang. Rasa nak hantuk kepala kat dinding pun ada. Tapi masa itu saya tak kenal shaklee lagi.Umur pun rasanya 14 tahun. Jadi saya faham macamana peritnya bila migrain serang...

    Jom kita baca apa itu migrain....

    Migrain adalah sakit kepala yang amat teruk dan menyakitkan, didahului dengan tanda amaran deria seperti flash light (kupu kupu cahaya), blind spot (titik hitam yg terawang awang) , rasa mencucuk pada tangan dan kaki, loya, rasa ingin muntah, dan sensitif kepada cahaya dan bunyi. Kesakitan migrain boleh berlansung selama berjam jam atau beberapa hari.

    Sakit kepala migrain berpunca daripada pembesaran saluran darah dan bahan kimia yg terhasil daripada gentian saraf yang melilit saluran darah. Semasa sakit kepala, arteri temporal yg terletak di bawah kulit tengkorak membesar. Ini menyebabkan pembebasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri.

    Apa yang menyebabkan migrain?

    1) Alahan dan Allergic
    2) Alah dgn Lampu terang, bunyi kuat, dan bau tertentu atau minyak wangi
    3) Tekanan fizikal atau emosi (Stress/ Depression)
    4) Tidur tidak teratur
    5)  Merokok
    6)  Skip makanan atau berpuasa
    7)  Pengambilan Alkohol
    8)  Simptom Prahaid, Menopouse
    9)  Ketegangan sakit kepala
    10)  Makanan yang mengandungi tyramine (wain merah, keju tua, ikan salai, hati ayam, pokok ara, dan beberapa biji), monosodium glutamat (MSG), atau nitrat (seperti daging khinzir, sosej, salami )

    Tubuh kita memerlukan beberapa vitamin dan mineral untuk mengekalkan sistem saraf kita. Sistem saraflah yang bertanggungjawab kepada terjadinya sakit kepala atau migrain. Menurut pembacaan saya Riboflavin dan B-6, beserta dengan vitamin D and magnesium, menurut kajian dapat menggurangkan kekerapan berlakunya migrain.

    Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migraine :

    1)   Mengawal pemakanan harian
    2)   Mengurangkan stress dengan bersenam
    3)   Mengamalkan cara hidup teratur
    4)    Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine.
    5)    Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

    ***Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migraine untuk jangka masa pendek sahaja. Migraine akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat.

    ***Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

    Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migraine. Jika kita mencapai tahap kritikal migraine ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.

    Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?

    Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana:

    Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

    Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

    Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

    Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

    B Complex

    Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

    Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

    Apa tunggu lagi...jom order..

    Ostematrix RM61 (120 biji) stok sebulan
    Bcomplex   RM53 (120 biji) stok 4 bulan

    Whatspp

    Deqna 0165475574
    Fuzai   0174546429



    [ Tips ] BESARKAN OTOT ANDA SECARA SELAMAT MACAM JOHN CENA ...!!!



    Whoaaa...sape yang x kenal John Cena ..angkat tangan...!..hehehe..sorry,out of topic skit...sebenarnya saya betul - betul impressed dengan mamat ni...bukan apa...macam mana la otot die boleh stand still even banyak kali jatuh2,terhempas la..mcm2 lagi...sbb sy suke tgk wrestling...

    So,saya nak share skit routine workout die dan apa yang perlu diambil untuk mengekalkan otot yang sebegitu awesome...


    Hari ke 1 - Kaki / Leg  dan Betis / Calves
    • Seated Calf Raises – 10 sets, 10 to 20 reps
    • Standing Weightless Calf Raises – 4 sets, 25 reps
    • Standing Single-leg Curls – 4 sets, 20 to 25 sets
    • Leg Presses – 5 sets, 20 reps
    • Leg Extensions – 4 sets, 15 reps
    • Squats – 4 sets, 10 reps
    • Hack Squats – 3 sets, 15 reps
    • Single-Leg Extensions – 3 sets, 10 reps
    Hari ke 2 - Dada / Chest
    • Inclined Barbell Press – 5 sets, 20 reps
    • Machine Flies – 3 sets, 15 reps
    • Inclined Machine Press – 5 sets, 20 reps
    • Cable Flies – 3 sets, 15 reps
    • Bench Press – 3 sets, 10 reps
    Hari ke 3 - Lengan / Arms
    • Standing Barbell Curl – 3 sets, 10 to 12 reps
    • Preacher Curls – 5 sets, 12 reps
    • Seated Dumbbell Curl – 3 sets, 10 to 12 reps
    • Standing Cable Curl – 3-4 sets, 12 reps
    • Overhead Cambered Extension – 3 sets, 20 reps
    • Rope Press Downs – 3 sets, 20 reps
    • Single-arm Cable Press Downs – 3 sets, 10 reps
    • Lying Triceps Extension – 6 sets
    • Seated BB Extension – 3 sets, 20 reps
    Hari ke 4 - Bahu / Shoulders
    • Rear Delt machine Flies – 5 sets, 2o reps
    • Dumbbell Laterals – 3 sets, 12 reps
    • Machine Overhead Press – 5 sets, 20 reps
    • Machine Side Laterals – 5 sets, 20 reps
    • Seated Military – 3 sets, 10 reps
    • Machine Side Laterals – 5 sets, 20 reps
    • Standing Barbell Press – 3 sets, 10 reps
    Day 5 - Back
    • Lat Pull Downs – 5 sets, 20 reps
    • Shrugs – 5 sets, 20 reps
    • Bent Barbell Rows – 5 to 12 sets, 20 reps
    • Pull-ups – 4 sets
    • Arm Dumbbell Rows – 5 to 12 sets, 20 reps
    • Dead Lifts – 4 to 8 sets, 15 reps
    • High Rows – 4 sets, 20 reps


    ok..sekarang adalah part yang paling PENTING bila seseorang dah mula berjinak2 dengan workout ni..Diet harian...MAKAN ler tu..

    Breakfast
    • Oatmeal dicampur dengan kismis,sos epal @ jem epal, 2 biji telur and 6 putih telur (better mentah2 la).
    • Gym Supplement (after breakfast)  contohnya :- protein bar atau protein shake, vitamin etc
    Lunch
    • Beras perang dengan sayur dan WAJIB ade 2 chicken breasts.
    Snack
    • Roti pita dengan ikan tuna.
    Evening
    • Pisang dan whey protein shake..haaaa...
    Dinner
    • Pasta atau beras perang, sayur hijau serta ikan/ayam.
    Supplements
    • Keju rendah lemak dan protein shake.
    Kat kedai macam2 supplement protein shake ade..macam2 brand dan macam2 kandungan protein..
    Tapi apa kata anda cuba Cinch Shake , produk keluaran Shaklee..

    Kebaikan Cinch Shake ni ;-

    - Diperkaya dengan Leucine ( Leucine ni adalah asid amino yang merupakan kompenen utama bagi protein )

    - Mengandungi 24gram protein bagi setiap 1 bancuhan / hidangan.
    - Mengandungi serat yang tinggi ; 6gram bagi setiap sajian.
    - Nilai Glisemik yang rendah bagi tujuan mengekalkan paras gula dalam darah.
    - Diperbuat dari soya yang tidak diubahsuai ( bukan GMO ).

    Jadi,jom pakat oder ramai2 untuk mendapatkan set Cinch Shake anda sebelum stok habis...haa,bukan x tau..sekarang shaklee mmg cepat sangat stok sold out..kalau sold out,kene tunggu shipment la ye..

    PM / Whatsapp / SMS kami ;

    Deqna  - 016 5475574
    Fuzai    - 017 4546429

    Jom kita besarkan otot kita macam John Cena...

    Terima kasih...





    VIVIX SHAKLEE


    Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi  polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 

    Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 

    Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

    a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

    b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

    c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

    d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)


    Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

    Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.

    Kebaikan Vivix Shaklee

    * Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan

    * Memelihara keseluruhan kesihatan

    * Anti oksida yang sangat baik - awet muda

    * Membantu anda merasa lebih bertenaga

    * Mengurangkan risiko kanser

    * Membantu pesakit diabetic


    * Menguatkan sistem imun


    Apa yang hebatnya tentang Vivix Shaklee?

    Fakta 1: Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

    Fakta 2: Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

    Fakta 3: Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

    Fakta 4: Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC.
    *Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods

    Bahan aktif yg terdapat dalam VIVIX Shaklee

    Banyak bukti tentang kajian saintifik ke atas kebaikan RESVERATROL. Jika anda percaya pada kebaikan RESVERATROL..
    Memperkenal VIVIX SHAKLEE, hasil kajian di dalam makmal menunjukkan VIVIX SHAKLEE 10 x ganda melebihi RESVERATROL




    HARGA VIVIX RM475
    BLH HUBUNGI UTK ORDER


    KULIT KUSAM & PENYELESAIANNYA ADALAH....

    TESTIMONIAL HOT KELUAR DARI OVEN. 6 JUN 2014.


    7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

    1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan


    Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

    2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
    Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

    3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
    Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

    4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki

    Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

    5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
    Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

    6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi

    Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

    7. Meningkatkan Keupayaan Memori

    Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

    Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.


    APA TUNGGU LAGI????
    JOM ORDER....


    TALASEMIA MEMBAWA MAUT....

    RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA & CADANGAN VITAMIN SHAKLEE

    Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan
    Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya boleh merosakkan fungsi organ-organ tersebut. Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine, atau pesakit boleh mengambil ubat oral iaitu Ferriprox dan Defriprone mengikut kesesuaian pesakit. Hal ini kerana ada sesetengah pesakit yang alahan (allergic) kepada ubat-ubat yang tertentu dan terpaksa menukar jenis ubat yang terpaksa diambil olehnya.

    Pemindahan sum-sum tulang (bone marrow transplan) sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga

    Panduan nutrisi kepada pesakit
    Pesakit tidak digalakkan memakan makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti organ dalaman yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan seperti hati, limpa, paru-paru, hempedal dan sebagainya. Selain itu, pesakit juga perlu mengelak daripada makan makanan seperti sayur bayam, kerang, spirulina, daging merah, sardin, tuna, dan sebagainya yang menyumbang kepada pertambahan zat besi dalam badan pesakit.

    Di samping itu, pesakit juga perlu memakan makanan yang mengandungi Folate atau nama lainnya Folic Acid (Vitamin B9) yang terdapat dalam sayuran hijau untuk membina haemoglobin. Pesakit juga digalakkan mengambil kombinasi Kalsium dan Vitamin D yang penting dalam menguatkan tulang dan seterusnya mengelak daripada terkena penyakit Osteoporosis iaitu jisim tulang menyusut dan menjadi rapuh. Hal ini kerana pesakit Talasemia cenderung untuk mendapat Osteoporosis disebabkan semasa terapi penyingkiran zat besi, kalsium juga akan turut berkurangan dan ia boleh menyumbang kepada penyusutan jisim tulang.

    Amalan meminum teh dan kopi juga amat digalakkan kerana didalamnya terdapat kafein yang dapat mengurangkan penyerapan zat besi oleh tubuh dalam pengambilan makanan seharian. Semasa dalam rawatan terapi membuang zat besi, pesakit juga digalakkan mengambil Ascorbic Acid atau Vitamin C dimana pengambilannya dapat memaksimumkan pengeluaran zat besi dalam badan. Hal ini kerana, Vitamin C dapat membantu dalam penyerapan zat besi di sekitar organ dan masuk dalam darah untuk memudahkanya keluar dari badan. Jika pesakit mahu mengambil makanan yang mengandungi zat besi dalam makanan mereka, elakkan daripada mengambil Vitamin C pada masa tersebut. Pesakit juga tidak digalakkan mengambil makanan yang mengakibatkan kuantiti sel darah merah cepat turun seperti pengambilan asam yang berlebihan dan memakan mee segera.

    KESIMPULANNYA, nutrisi/suplemen yang boleh diambil oleh pesakit talasemia ialah:
    * B COMPLEX
    * VITAMIN C
    * OSTEMATRIX

    *****VITALEA TAK BOLEH YE SEBAB MENGANDUNGI ZAT BESI. PESAKIT TALASEMIA TIDAK BOLEH MENGAMBIL ZAT BESI YANG BERLEBIHAN SEBAB BOLEH MENYEBABKAN KEADAAN PENYAKIT MAKIN TERUK @ MAUT.

    Total Page View


    Komen Anda