Bagaimana Vitamin E Membantu Dalam Hubungan Suami Isteri?
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam "Archives of Andrology" edisi Mac-April 2003 menunjukkan lelaki yang mengambil Vitamin E dapat meningkatkan motiliti sperma.
Pengambilan Vitamin E juga dapat meningkatkan kiraan sperma. Memandangkan Vitamin E ialah Anti-oksidan, ia dapat melindungi tubuh daripada radikal bebas yang merosakkan sel (termasuk sperma).
Vitamin E juga meningkatkan Libido seseorang lelaki dengan membantu meningkatkan paras hormon Testosteron mereka. Tanpa hormon ini, seseorang lelaki akan cenderung untuk menjadi 'dingin'.
Vitamin E juga meningkatkan saluran darah dan oksigen ke bahagian sulit lelaki dan wanita. So secara tidak langsung meningkatkan Keinginan dan Kehangatan Hubungan Suami Isteri tersebut .
Selain itu, untuk wanita pula, Vitamin E membantu melembapkan tisu di vagina. Jadi ia bertindak sebagai 'pelincir' bagi wanita.
Vitamin E membantu wanita menghasilkan prostaglandin yang menurunkan kadar hormon prolactin. Prolactin meningkat ketika ovulation dan menyumbang kepada simptom PMS.
Amat penting sebenarnya untuk mengekalkan kadar prolactin yang seimbang untuk sistem reproduktif wanita, dan prostaglandin lah yang membantu seimbangkan hormon prolactin ini.
0 comments:
Post a Comment