COD AREA : -------> BIDOR - TAPAH - KAMPAR - T.INTAN
Home » » APA ITU CYCT????

APA ITU CYCT????

Apa sebenarnya Ovarian Cyst??
Ketumbuhan di dalam ovari adalah masalah yang sering berlaku kepada kebanyakan wanita.
Setiap bulan, wanita yang sihat akan melalui kitaran menstruasi dan telur dikeluarkan daripada ovari untuk proses yang dinamakan ovulasi.
Jika anda mula berdepan dengan haid yang tidak teratur atau teramat sakit ketika datang haid atau tanda-tanda seperti bengkak dalam abdomen, berkemungkinan anda berhadapan dengan masalah Ovarian Cysts.
Ovarian Cyst merujuk kepada kantung cecair dalam ovari dan biasanya bersifat benigna iaitu tumor yang tidak berbahaya.
Jenis sista ovari
Sista ovari air
Endometriosis (sista ovari darah)
Sista teratoma
Ovarian Cyst sebenarnya bukan bersifat penyakit. Bagi wanita yang normal, setiap kali kitaran haid, organ ovari akan mengelembung, dipanggil Ovarian Follikel. Dalam Ovari ni terdapat ovum. Ovum adalah benih wanita. Selepas ovum dikeluarkan Ovarian Follikel akan mengecut.. Namun ada setengah akan terus membesar melebihi 2cm. Inilah yang dipanggil Ovarian Cyst.
Terdapat juga Follikel yang tidak menghasilkan ovum tetapi terus membesar. Ini juga penyebab terjadinya cyst.
Sekiranya cyst ni semakin membesar melebihi lima sentimeter, ada kemungkinan ia akan pecah dan berdarah atau mungkin boleh membelit ovari menyebabkan kesakitan yang teruk. Bukan semua cyst perlu dibedah. Namun, pembedahan perlu dijalankan bagi kes sista yang pecah, terbelit, berukuran lebih lima sentimeter dan kelihatan mencurigakan dalam imbasan ultrasound.
Pembedahan juga mungkin dibuat untuk membuat biopsy untuk memeriksa samaada cyst tersebut adalah cyst cancer. Tetapi semua ini bergantung kepada keputusan doktor yang membuat pemeriksaan.
Selalunya pesakit tidak mengalami sebarang simptom tetapi, jika mula berasa sakit seperti senggugut yang teruk, perlulah berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan.
CYST DAN SUPPLEMENT
Terdapat beberapa supplement yang sesuai dimakan jika anda mempunyai cyst...
1) VITAMIN ANTIOKSIDAN
Vitamin Antioksidan membantu memelihara sel dari kerosakan dan perubahan yang tidak normal. Ingat segala sesuatu dalam tubuh badan adalah bermula dengan sel.
2) SUPLEMENT MENSTABILKAN HORMON
Supplement yang membantu menstabilkan hormon amat penting kerana ketidakstabilan hormon membawa kepada ketidaknormal sel dalam tubuh badan.
3) MULTIVITAMIN
Multivitamin menjadi asas kepada nutrien harian kita. Ia membantu memenuhi kekurangan zat-zat yang mungkin kita sedari menjadi penyebab kepada tubuh badan tidak berfungsi dengan baik

0 comments:

Post a Comment

Total Page View


Komen Anda